6wotWFqB7KSM5dzNQK79aFBBewY

Pemandangan Waktu Senja Di Pantai Tanjung Aru

on Thursday 20 February 2014

Foto pemandangan waktu senja yang indah ini, diambil di Pantai Tanjung Aru Sabah. Cantik pemandangannya kan.. Ambil gambar ini cuma gunakan Handphone saja.


Memang best bila berkunjung di Pantai Tanjung Aru pada waktu petang. Bersantai-santai bersama keluarga atau rakan-rakan sambil melihat pemandangan indah ini.



Indahnya Gunung Kinabalu

on Thursday 13 February 2014

Gunung Kinabaluu


Indahnya Gunung Kinabalu, tersergam indah, berdiri megah. Itulah ciptaan Yang Maha Esa. Gunung Kinabalu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dan semestinya menjadi kebanggan rakyat Malaysia.

Pemandangan indah ini dilihat depan rumah di kampung saya. Memang best bila bangun pagi dan keluar rumah akan melihat keindahan ciptaanNYA.

Foto Gunung Kinbalu ini diambil oleh kakak saya pada waktu pagi yang mana berlaku gegaran kecil pada malam sebelumnya (1 Febuary 2014).


Foto Jambatan Atas Kolam

on Thursday 23 January 2014

Foto kali ini ialah diambil di mini zoo Sandakan, Sabah. Jika anda perasan foto ini merupakan header blog ini. Dalam kolam ini terdapat banyak ikan. Sesuai sangatlah jambatan  itu dibina agar pengunjung mudah untuk melihat ikan-ikan yang jinak dalam kolam itu.

Mini zoo Sandakan
Menarik dan memudahkan bagi para pengunjung. Sambil-sambil juga memberi makan ikan-ikan yang terdapat dalam kolam itu.


Makan Nasi Dengan Kangkung Dan Ikan

on Thursday 16 January 2014

Makan nasi dengan sayur kangkung dan ikan rebus. Pilihan bijak untuk mereka yang menjaga badan. Berkhasiat walaupun ringkas sahaja.
Kangkung yang sedang hot namanya sekarang, walau murah tetapi berkhasiat. Boleh dimasak dengan macam-macam cara. Paling sedap bila tumis dengan sambal belacan. Bubuh cili bertambah lah lagi sedap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Widget Dari Busuk
 
© Macam-Macam Foto All Rights Reserved